sudah jauh pagi...ayam mesti berkokok jap lg..tapi mata tetap x nak tido..esok bnyk urusan nk kena buat..aku menulis kerana teringat sebuah cerita cinta yang pernah aku baca dulu..
kisah cinta dua insan yg menyayat hati..apabila si gadis berkali2 terluka dan dilukai..namun masih tetap setia..kerana percaya si jejaka akan berubah dan akan mengetahui pengorbanannya selama ini adalah keran cinta dan kasih sygnya pd si jejaka..
perbezaan umur, salah faham, cemburu, dan juga fitnah tlh menyebabkan si jejaka sangsi terhadap cinta dan ketulusan si gadis..namun kehadiran org tua si gadis tlh sedikit s'bnyk menyelamatkan keadaan hbgn mereka yg goyah..ibarat retak menenti belah..
namun berkat doa dari seorang ibu, hbgn b'jaya diselamatkan..mereka berjaya disatu kan..tetapi hnya utk sementara..siapa sangka, hbgn yg b'ada dlm bibit2 bahagia t'ganggu krn khdran insan ke-3..
krn jarak usia yg berbeza jauhnya membuatkan mereka saling mencemburui antara satu sama lain..namun,dgn hadirnya insan ke-3, keadaan semakin menjadi kacau..dalam suatu pertengkaran terjadi kerana fitnah dari insan ke-3..belaku sebuah pertengkaran yg sgt keras..sehingga akhirnya, si jejaka melepaskan amarahnya dan melepaskan si gadis dgn tanpa disangka..dlm amarah si jejaka berkata 'bodoh..berfikir mcm budak2 lah..aku menyesal kahwin dgn budak2 mcm kau..menyusahkan aku jer..mulai saat nie, aku lps kan kau pergi..' seperti kata pepatah, "terlajak perahu blh diundur, terlajak kata buruk padahnya" itulah yg terjadi kpd mereka..walaupun si gadis dilepaskan dgn 1 ikatan, namun luka di hati teramat dalam dan berbisa dirasa..saat si gadis melangkah keluar sehelai sepinggang namun, si gadis sempat berpesan 'kerana cinta awak membawa saya ke rumah syurga cinta ini, kerana cinta kita bersama, namun hari ini..kerana cinta juga, saya melangkah pergi..semoga awak bertemu dgn cinta awak yg kini tidak lg menjadi milik saya..halalkan semua kasih syg yg tlh awak beri pada sy..dunia dan akhirat..saya tak akan menyusahkan awak lagi..' setelah itu, si gadis melangkah pergi tanpa sedikit pun memandang wajah cintanya itu..
si gadis membawa diri, mengambil semula cintanya..mencari kehidupan baru bersama cintanya di tempat asing..bulan berganti bulan, tahun berganti tahun...si gadis tabah menjalani hari2nya bersama cinta dalam hidupnya..namun, dia hanya manusia biasa..pasti setiap mlm menyingkap tabir rindu kemanisan cinta yang kemas tersimpan dalam kotak memori ingatannya..
si jejaka turut merasai perkara yg sama..si jejaka berusaha mencari dan terus mencari di mana si gadis membawa diri..mencari dan menanti..sehingga kelelahan..namun, si jejaka tetap mancari..terus menanti kerana percaya cintanya akan kembali di temuinya semula..
suatu hari, mereka di pertemukan oleh takdir yg membawa mereka b'sama2 kembali ke tempat dimana mereka mula berjumpa..di situ mereka dgn tidak sengaja tlh berjumpa antara satu sama lain..tiada kata2 terungkap, namun hanya hati mereka berbicara..kerana luka masih terasa, si gadis bagun ingin berlalu..tapi pantas si jejaka menahan..lantas berkata ' sayang, cintaku...tlng lah kembali..saya merayu, kembalilah seperti dulu...' air mata si jejaka dgn mengalir dgn kejujuran, kerinduan dan kesedihan..lantas si gadis menjawab, ' sayang benar ingin kembali, tetapi tidak mungkin kita dapat bersama semula..keadaan sudah berbeza..kita teruskanlah dgn jln yg telah abang pilih dahulu..sayang tk akan menyusahkan abang lg..mungkin dgn cara ini, baru cinta kita dpt bersama bila angin rindu dtng bertamu..maafkan sayang..ini terjadi bkn kemahuan sayang..' si gadis berkata dgn tenang, walaupun air mata mengalir lesu di pipinya..tanpa pamitan, si gadis terus melangkah pergi..
sesaat kemudian si jejaka tersedar lantas mengejar semula cintanya..tetapi si gadis lbh pantas bergerak dan berlalu..ia membiarkan si jejaka memanggilnya..dgn pantas terus berlalu, ini semua si gadis lalukan kerana cinta..si gadis berharap si jejaka akan menemui cinta si jejaka yg pernah hilang kerana di buang..saat si gadis melintasi jalan raya tanpa menoleh kiri dan kanan jalan..tiba2 muncul sebuah kereta tanpa sempat mengelak tlh melanggar si gadis yg kemudiannya tercampak sblm tubuh si gadis tersembam menyembah bumi...pantas si jejaka berlari mendapatkan si gadis, m'manggil2 si gadis..memangku dam memeluk si gadis yang berlumuran darah...meminta si gadis membuka matanya..sesaat kemudian, si gadis membuka matanya, memandang wajah si jejaka yg memangkunya..tersenyum dlm kesakitan, namun si gadis sempat berbisik dlm nada yg tersangat lemah..'abang pasti sudah menemui cinta abang..cinta sejati abang..cinta yg ada pada sayang..inilah cinta sejati abang yg hilangkan..sayang akan pulangkan..tp abang mesti relakan sayang pergi..cuma sayang minta..abang jaga cinta ini..sayang dah tak akan menyusahkan abang lg..maafkan sayang..' sesudah berbicara, si gadis menutupkan mata..si jejaka berteriak..'sayang mengucap sayang..sayang jgn tnggalkan abang lg..sayang tak salah..abang minta maaf..sayanglah cinta abang..sayang tak menyusahkan abg pun..bangun sayang..' rintih si jejaka..tubuh si gadis menggigil, darah semakin bnyak mengalir..'mengucap sayang..' si jejaka membisikkan kalimah syahadah di teling si gadis..sesaat kemudian si gadis kaku tidaak bergerak, nafas terhenti, degupan nadi juga terhenti..si gadis benar2 telah pergi..pergi menghadap illahi di pangkuannya sendiri..
si jejaka teringat dan t'dengar2 kata2 si gadis..'sayang akan pulangkan..inilah cinta sejati abang yg hilangkan..sayang dah tak akan enyusahkan abang lagi..maafkan sayang..' kini benar2 si jejaka mendapatkan cintanya yg hilang..benar2 si gadis tidak menyusahkan dirinya lg..baru si jejaka sedari betapa si gadis yg dibuang suatu ketika dahulu adalah permata dan cintanya selama ini..penyesalan..hanyalah sebuah penyesalan...
benarlah kata orang..bila di hadapan mata kita tidak tahu utk menilai dan menghargainya..bila sudah tiada, baru kita menyedari yg kita buang itu adalah sesuatu yg bernilai dan sgt berharga dlm hidup kita..semoga kita tidak menjadi seperti si jejaka..
berwaspadalah pada setiap kata2 dan dan perbuatan kita...kita hanya bersifat sementara..semua kepunyaan kita hanyalah pinjaman..yang kekal hanyalah yg di atas sana..Ya Rahman...
No comments :
Post a Comment